Tuesday, February 24, 2009

Environemental Awareness Campaign

Universiti Teknologi MARA, Sabah - Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran 06 telah pun selesai mengadakan satu kempen mengenai kesedaran alam sekitar. Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Februari 2009 bertempat di Fast Track. Ini merupakan salah satu projek yang telah dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi semester akhir bersempena dengan keperluan silibus 'Public Relations'. Selain daripada itu, projek ini juga berkait rapat dengan subjek 'Enviromental Management in Developing Countries'.
Antara tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga UiTM Sabah khasnya dan masyarakat Malaysia amnya untuk menjaga kebersihan sekeliling dan juga membuang tabiat membuang sampah merata-rata tempat. Ini adalah penting agar negara yang amat dan bersih di ketika ini tidak akan menjadi 'bandar sampah' yang akan menggugat keindahan semula jadi yang dimiliki selama ini. Menghentikan tabiat membuang sampah merata-rata bukanlah sukar dan tidak memerlukan pengorbanan wang ringgit mahupun kudrat yang gagah. Apa yang perlu hanyalah mengalihkan sikap yang selama ini merugikan kepada satu sikap yang lebih memberi kesenangan untuk semua pihak. Selain itu, selain menuju ke arah kampus tanpa sampah atau 'Litterfree Campus' semua minda dan jiwa harus dipinjamkan sejenak untuk berfikir dan merenung agar sikap tidak mengendahkan kebersihan sekeliling akan membawa kehancuran dan kerugian berterusan. Bak kata Prof. Datuk Dr. Chua Kim Hing (Pensyarah subjek Environmental Management) :
"Kita buang, orang kutip"
"Kita buang lagi, orang kutip lagi'
"Kita terus buang, orang terus kutip"
Jadi?? Mana penghujungnya? Sudah pasti tidak akan kita lihat. Jadi, penyelesaiannya adalah pengubahan terhadap sikap. itu yang seharusnya dilakukan. Oleh sebab itu, kempen ini adalah penting untuk semua individu agar terdetik untuk berubah sikap dan mementingkan keadaan yang bersih tanpa sampah merata-rata. Selain itu, untuk menampung kehidupan di masa akan datang, kitar semula adalah antara amalan yang harus dipraktikkan bersama. Selain dari menjaga alam sekitar yang bersih, kita juga akan dapat meminimakan penggunaan sumber-sumber yang semua orang tahu ianya semakin dianiaya. Dalam kempen ini, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menyumbangkan tiga set tong kitar semula untuk UiTM Sabah. Tong-tong kitar semula ini diletakkan di Kolej Kediaman (Cluster A & B) dan sekitar kawasan berhampiran perpustakaan.
Kempen ini telah berjaya diselesaikan dengan satu pencapaian yang amat membanggakan di mana pelbagai pihak yelah memberi respon yang positif terhadap usaha-usaha yang telah dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi semester ini. Kempen ini juga disebarjan melalui media seperti New Sabah Times, Daily Express dan Borneo Post agar seluruh warga Sabah mendapat sedikit input mengenai pentingnya menjaga alam sekitar.
Bagi pihak ahli Jawatankuasa pelaksana diketuai oleh Azlie Ibrahim, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mr. Tony Paridi Bagang (Public Relation's Lecturer) dan Prof. Datuk Dr. Chua Kim Hing (Environmental Management' Lecturer). Tidak lupa juga kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atas sokongan padu yang diberikan. Akhir sekali, terima kasih kepada UiTM Sabah atas kepercayaan yang diberikan. Syabas dan tahniah kepada semua.. Teruskan perjuangan di Kota Belud dan Lembah Danum!! Pacat menanti..... hehe...
p/s Marilah beramai-ramai mendaftar sebagai RAKAN BANDARAYA KOTA KINABALU. Pendaftaran adalah percuma!!!
- gambar-gambar kempen akan menyusul kemudian ;)

1 comment:

  1. ya...'ENVIRONMENTAL AWARENESS CAMPAIGN'...love our nature...:)...

    ReplyDelete